February 26, 2012

Surat Cinta Untuk Para Jiwa



Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya,
kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya,
cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya,
yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya.

Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.

Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan?
Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah…

Hebat kan Allah…semua ada hikmah…

Kalaulah manusia tahu hadis ini:
“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik
Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan.
Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong,
yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan.
Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati,
saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya “
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu “
Wallahualam bisshawab

credit to diari hati

August 04, 2011

***Ramadhan Kareem***

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Buat semua umat Islam di seluruh muka bumi Allah ini. Bersyukurlah kerana dapat diketemukan lagi dengan bulan yang penuh barakah pada tahun 1432H ini.

Macamana? Seronok tak puasa tahun ini? Bagi anak-anak yang baru nak bertatih puasa tu mungkin agak mencabar lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik. fuh!

Bulan Ramadhan ajar kita banyakkan beribadah dan kurangkan buat perkara maksiat.


Bulan ramadhan latih kita sentiasa bersama Al Quran. basahkan lidahmu dengan zikrullah.
Kalo boleh kena khatam 30 Juzuk AlQuran.



Waktu Ramadhan memang dah jadi budaya berniaga atau membeli di Bazar Ramadhan.
Yang ni jer xder di perantauan. Rinduuuu nak makan ayam panggang dan air soya panas.
Kali ni memang 100% kena masak sendiri kat umah.


Bulan Ramdhan yang istimewanya ada Solat Tarawih. faris dan adik-adiknya pun tak ketinggalan pergi Masjid utk Solat Tarawih. 


Sebenarnya aku rindu sgt nak balik kg. tapi apa bole buat.....
Belajarla berpuasa bersama-sama keluarga di perantauan.

Buat mak, kakang2 , adik2 dan anak2 buah sume, Selamat menjalani ibadah pose dengan gembira dan sabarrrrrr.